PELAKON Puteri Balqis sekali lagi menyorot perhatian ramai apabila wajahnya dikatakan mirip aktres popular antarangsa iaitu Megan Fox.
Pujian tersebut mula membanjiri ruangan komen selepas dia memuat naik sebuah video ‘cat walk’ dengan memakai dres pendek dan jaket serba hitam.
Kebanyakan netizen terpukau melihat kecantikan yang dimiliki aktres berusia 17 tahun itu selain berpendapat, penampilan tersebut menonjolkan sisi garangnya.
“Mula-mula sumpah ingatkan Megan Fox, dua kali pandang baru sedar Puteri Balqis.
“Lawa sangat dia, aura lain macam.
“Tolonglah kembangkan bakat di Hollywood,” komen netizen.
Video tersebut kini sudah ditonton lebih 555,000 pengguna TikTok dan meraih 43,000 tanda suka.
Difahamkan, ini bukan kali pertama wajah Puteri Balqis disamakan seperti selebriti wanita lain.
Sebelum ini wajahnya juga pernah dikatakan mirip aktres Indonesia iaitu Vanesha Prescilla yang terkenal dengan watak Milea dalam filem Dilan 1990. – HIBGLAM