Halle Berry cekik, cederakan anak?

AKTRES Halle Berry berdepan pertikaian mahkamah yang semakin meruncing apabila bekas suaminya, Olivier Martinez, memohon hak penjagaan penuh anak lelaki mereka, Maceo, susulan dakwaan berlaku kekerasan fizikal terhadap remaja berusia 13 tahun itu.

Menurut laporan media, Martinez mendakwa pelakon filem Monster’s Ball itu mencederakan dan mencekik Maceo ketika insiden pada 26 September lalu.

Dakwaan tersebut dikemukakan dalam permohonan mahkamah yang turut meminta perintah perlindungan, namun dibantah peguamnya, Marina Beck, yang menyifatkan permohonan berkenaan sebagai tidak berasas.

Memuatkan artikel berkaitan…

Mempertahankan diri, Halle menjelaskan, insiden tersebut merupakan aksi mesra antara ibu dan anak, bukannya berniat mencederakan seperti didakwa bekas suaminya.

Kedua-dua pihak saling juga mempertikaikan kebajikan Maceo serta cara keibubapaan masing-masing.

Halle mendakwa Martinez mempengaruhi anak mereka menjelang prosiding mahkamah, manakala Martinez menegaskan remaja terbabit mahu diberi peluang menyampaikan sendiri pengalamannya kepada hakim.

Perkembangan terbaharu menyaksikan Maceo dibenarkan memberikan keterangan di mahkamah berkaitan permohonan perintah perlindungan berkenaan pada 19 Oktober lalu, tetapi butiran keterangannya tidak didedahkan kepada umum.

Halle dan Martinez berkahwin pada 2013 sebelum berpisah pada 2015, manakala perceraian mereka dimuktamadkan pada 2023 dengan persetujuan hak penjagaan bersama. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok