LARI sebentar dari kesibukan perihal di pejabat, HibGlam baru-baru ini sempat meluangkan masa menerokai Taman Tugu – Laluan Tapak Semaian (Nursery Trail) ‘ditemani’ kasut sukan terbaharu dari koleksi Skechers GOrun Outdoor dan Max Cushioning Trail.
Di dunia yang penuh dengan kesibukan dan tuntutan pada masa kini, setiap daripada kita mencari cara yang berkesan untuk melepaskan tekanan dan menyegarkan minda serta badan.
Salah satu cara yang boleh digunakan adalah dengan menerokai diri dalam ketenangan alam dan terlibat dalam aktiviti luar yang bukan bukan sahaja menyihatkan, bahkan mampu memberi recharge berkualiti untuk mendepani hari mendatang.
Penulis menjelajah tempat perlindungan hijau yang terletak di tengah-tengah Kuala Lumpur itu diketuai jurulatih senaman berpengalaman, Coach Lewis dalam tempoh kurang 20 minit dengan kehebatan sepasang Max Cushioning Premier Trail 2.0.
Bangun pagi seusai subuh sebelum tiba di Taman Tugu Nursery Trail, keindahan hijauan yang subur, pokok-pokok tinggi, dan bunyi merdu burung berkicau serta dedaunan yang bergerak mencipta suasana tenang yang mampu menenangkan minda dan mengurangkan tahap tekanan.
Ketika mendaki melalui trek-trek yang dibina, anda boleh menikmati saat-saat menjiwai ketenangan, merenung, dan menghirup udara segar. Rasa senang berdamai dengan alam lebih berganda bersama pemakaian Max Cushioning Premier Trail 2.0.
Koleksi ini bukan sekadar pilihan bagi atlet atau mereka yang aktif secara fizikal, tetapi juga sesuai untuk sesiapa sahaja yang menghargai keselesaan dan kualiti.
Dengan reka bentuk moden, bahan tahan lama, dan teknologi canggih, kasut ini memberi kepuasan bukan hanya semasa latihan, tetapi juga dalam aktiviti luar seperti meneroka taman atau berjalan di laluan hutan.
Penulis secara peribadi kagum dengan Max Cushioning Premier Trail 2.0 terutama dengan ketahanan getah Goodyear® pada bahagian tapak. Teknologi tersebut menjanjikan kawalan cengkaman, kestabilan dan ketahanan terutama ketika melakukan aktiviti luar seperti mendaki.
Selain reka bentuk yang stylish, Max Cushioning Premier Trail 2.0 dikuasakan dengan kualiti penghalau air (water repellent) sekali gus memberikan pengalaman luar biasa jika kasut berada di kawasan berpotensi dimasuki air seperti air terjun dan lecak. Teknologi tersebut memberikan perlindungan tambahan dan memastikan kaki kekal kering dan selesa sepanjang perjalanan.
Berbaloi harga dan selesa, Max Cushioning Premier Trail 2.0 sangat sesuai untuk sebarang aktiviti pendakian ia didatangkan dengan ciri lightweight ULTRA GO serta breathable Air-Cooled Goga Mat untuk lantunan yang lebih mantap dalam setiap pergerakan. – HIBGLAM