APABILA kerap menghabiskan masa bersama di set penggambaran secara tidak langsung dapat mengeratkan hubungan antara pelakon.
Tetapi risau juga bila sudah terlalu dekat, nanti pula timbul kejadian cinta lokasi. Kalau bukan cinta lokasi, boleh jadi ‘teman tapi mesra’.
Sama juga dengan hubungan baik pelakon Siti Khadijah dan bakat baharu, Azri Safix yang dilihat semakin ‘dekat’ sekarang.
Mungkin kerana hadir untuk mempromosikan drama mereka Rahsiamu Selamat Denganku ketika hadir di semua acara minggu lalu membuatkan mereka kelihatan akrab.
Apa salahnya kalau dua-dua ‘single’, mungkin boleh saling mengenali hati budi masing-masing. Lagi pun nampak serasi juga kalau mereka bersama.
Siapa tahu jodoh rupanya ada depan mata. Apa-apa pun Diva doakan semoga yang terbaik buat mereka berdua sama ada dalam hubungan percintaan dan juga kerjaya.
Diva: Kalau orang lain sibuk berdepan dengan musim banjir, industri hiburan pula sibuk dengan musim hutang.