Shuhua ‘tergila-gilakan’ Alice Ko

TERPESONA, penyanyi Shuhua tidak dapat menahan keterujaannya melihat  kehebatan lakonan aktres terkenal Taiwan, Alice Ko. 

Disebabkan itu, anggota kumpulan (G)I-DLE itu menyimpan hasrat untuk menjadi pelakon setelah menonton semua naskhah lakonan Alice. 

Dia bahkan bercita-cita untuk bergandingan dengan Alice dan tidak kisah sekiranya memegang watak adik mahupun kekasih kepada wanita terbabit.

Memuatkan artikel berkaitan…

Melihat kepada portfolio Alice, tidak hairanlah mengapa penyanyi asal Taiwan itu sangat tergila-gilakan pelakon berkenaan sehingga mahu terjun ke bidang lakonan.  – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : Facebook, X (Twitter), Instagram & TikTok