SELEPAS Datuk Seri Siti Nurhaliza, kini giliran pelakon Datuk Adi Putra pula mencuri perhatian ramai apabila diangkat sebagai duta International College of Management and Sports, semalam.
Menurut Adi atau nama penuhnya Mohamed Hadi Putera Halim, 43, dia bersyukur dengan pelantikan itu dan akan menjalankan tugas yang diberi dengan baik.
Alhamdulillah syukur, terima kasih diucapkan atas perlantikan saya sebagai ICMS Star Ambassador International College of Management and Sports.
“Insya-Allah amanat ini saya laksanakan sebaik mungkin demi masa depan para pelajar,” katanya dalam Instagram ringkas.
Menerusi perkongsian sama, bintang filem Mat Kilau itu turut memuat naik foto momen menerima pengiktirafan tersebut dengan memakai jubah graduasi pada Majlis Graduasi ICMS kali ke-12.
Sebelum Adi, penyanyi terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza dilantik sebagai pakar di Pusat Pendidikan Berterusan Pendidikan Universiti Malaya (UMCced) namun menjadi bahan perdebatan ramai apabila kelayakannya dipertikai. – HIBGLAM