16 tahun tunggu Money Not Enough 3

SIAPA sangka, pelakon utama filem Money Not Enough 3 iaitu Mark Lee pernah menyuarakan hasrat enggan lagi membintangi sekuel ketiga naskhah komedi terbabit.

Perkara itu dikongsikan pengarah, Jack Neo yang mendedahkan sahabatnya berpendapat, cukup hanya tampil dalam dua siri terawal Money Not Enough.

Akui Neo, aktor senior berusia 55 tahun itu mahu membuka peluang kepada pelakon generasi baharu untuk tampil dalam naskhah berkenaan, apatah lagi baginya, kehebatan Money Not Enough 1 dan 2 mempunyai keunikan tersendiri.

JACK Neo bersyukur dan teruja Mark Lee bersetuju membintangi Money Not Enough 3. 

Begitupun, hatinya berbunga selepas Lee menerima tawarannya selepas menunggu 16 tahun untuk merealisasikan siri ketiga itu, sekali gus mampu mencetuskan emosi berbeza kepada penonton.

Saya harap agar filem ketiga ini membawa perasaan berbeza kepada khalayak yang telah pernah menonton dua siri filem ini terdahulu dan jika dihitung, usia kami semua melebihi 180 tahun!

“Saya mengenali mereka sejak mula berkecimpung dalam dunia komedi dan seni, malah tidak ramai yang masih boleh bekerjasama apatah lagi bergandingan selepas hampir 20 tahun,” ujarnya usai tayangan perdana filem tersebut, baru-baru ini.

Neo juga mendedahkan babak letupan dan pertempuran senjata tidak mampu menyaingi cabaran mengarahkan naskhah yang mempunyai skrip tebal.

Apabila seseorang itu memiliki wang dan yang lainnya tidak berduit, mereka akan hasilkan sesuatu produk berbeza, namun masih memberi kepuasan tersendiri,” ujarnya.

Bagi Lee yang lebih tiga dekad dalam industri seni, Money Not Enough 1 dan 2 yang diterbitkan pada 1998 disusuli naskhah kedua pada 2008 adalah penerbitan sarat mesej mengenai nilai persahabatan.

PELAKON Mark Lee kembali membintangi filem Money No Enough 3 kerana naratifnya yang menarik. 

Katanya, dia bukan menolak untuk beraksi bagi naskhah ketiga yang direalisasikan selepas 16 tahun, cuma mahu membuka ruang kepada penggiat seni lain.

“Filem ini masih menyentuh sikap tamak dan tidak mencukupi yang akhirnya membuatkan kita sedar siapa saudara, siapa kawan dan siapa musuh.

Saya kembali beraksi untuk siri ketiga ini disebabkan alur kisah yang tetap menjentik hati kerana ada momen ketawa dan tangisan dalam satu masa.

“Mesejnya sarat keinsafan, tetapi saya mahu lihat kesinambungan filem ini diteruskan generasi baharu. Namun akhirnya saya akur terima tawaran ini,” ujar aktor asal Singapura itu.

Sementara itu, Neo yakin filem yang menemui penonton bermula pada 10 Februari lalu itu mampu mencatat kutipan pecah panggung seperti dua filem terdahulu.

Semua ini bergantung kepada sokongan penonton, namun saya yakin kisah kemasyarakatan ini juga dapat menarik peminat generasi baharu,” ulasnya.

Money Not Enough 3 berkisar mengenai tiga rakan baik zaman kecil, Ah Fai, Ah Qiang dan Ah Huang yang berdepan kemelut disebabkan wang. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok