320
KESUNGGUHAN Ahn Yu-jin meneruskan persembahan biarpun mengalami kecederaan ringan akibat terkena percikan bunga api ketika beraksi pada Festival Musim Panas Ulsan 2023 baru-baru ini menuai pujian ramai.
Insiden tersebut dikatakan berlaku secara tiba-tiba membuatkan semua pihak termasuk kru konsert tidak sempat berbuat apa-apa.
Dalam situasi asap meliputi ruang impak letusan di pentas utama, anggota kumpulan IVE itu dilihat meneruskan persembahan sambil menahan kesakitan dan menutup mata.
Biarpun dipuji, situasi tersebut bagaimanapun mencetuskan rasa tidak puas hati peminat apabila soal keselamatan artis kurang dipedulikan penganjur.
Lebih mengecewakan, insiden berkenaan juga disunting sepenuhnya daripada siaran televisyen.