Ustaz DM cuba pikat, Nadia Brian anggap gurauan

Hampir sedekad melakar nama di persada seni tanah air, pelakon cantik Nadia Brian tidak terlepas daripada menjadi bahan umpatan netizen yang sentiasa memerhati tindak tanduknya.

Terbaharu, pemilik nama sebenar Nadia Najwa Mohamed Rashidi itu sekali lagi ditusuk dengan kata-kata tajam netizen apabila meluahkan keinginan bersuamikan jejaka alim.

Diselar bermimpi di siang hari dan tidak berpijak di bumi nyata kerana penampilan seksinya dikatakan tidak selari dengan impian,  Nadia bagaimanapun tampil mempertahankan suara hati yang dirasakan bukan suatu keinginan melampaui batas.

Kata aktres berusia 32 tahun itu, sudah menjadi kemestian bagi wanita untuk mencari imam yang boleh membimbing dirinya seterusnya mendapat reda Ilahi.

Susulan perkongsian mengenai kriteria jejaka idaman, dedah Nadia ada beberapa individu cuba menyapanya menerusi ‘direct message’ (DM) Instagram.

Ramai sebenarnya yang mesej saya melalui Instagram dan ada juga ustaz yang katanya berada di Makkah turut berminat dengan kenyataan saya.

“Bagaimanapun, saya tahu semua orang hanya main-main sahaja untuk kandungan di TikTok ataupun platform sosial media yang lain, jadi saya anggap mereka hanya bergurau dengan saya,” tutur Nadia sambil tertawa kecil.

Baca artikel penuh menerusi akhbar Kosmo! atau layari https://kosmo.com.my

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok