283
ISTIMEWA buat peminat, penyanyi Kim Se-jeong akan memulakan jelajah konsert solo pertamanya di seluruh Asia Pasifik.
Penyanyi berusia 27 tahun itu mendedahkan poster pertama konsert The Door yang akan berlangsung pada 23 hingga 24 September depan di 11 bandar seluruh Asia Pasifik.
Jelajah tersebut akan bermula di Seoul dan diteruskan ke Hong Kong, Manila, Jakarta, Taipei, Tokyo dan banyak negara lain sehingga November depan.
Kemunculannya sebagai artis solo dalam konsert jelajah disambut gembira peminat yang sudah lama menantikan detik itu.