335
PENYANYI Jiyoung tetap memperingati ulang tahun ke-15 debutnya bersama mendiang Hara yang meninggal dunia pada 2019.
Meskipun Hara sudah tiada, pemilik nama lengkap Kang Ji-young itu tetap menunjukkan kesetiaan dalam persahabatan mereka.
Bagi menghargai hari istimewa tersebut, dia berkongsi foto kegemarannya bersama Hara ketika menganggotai kumpulan Kara.
“Tahniah untuk saya dan awak. Hari ini menandakan ulang tahun ke-15 debut awak dan saya, Hara.
“Hari tersebut juga merupakan hari jadi Seungyeon,” kongsinya dalam laman sosial.