RUPA-RUPANYA ada yang tidak suka dengan penampilan mega penyanyi bertaraf diva, Ziana Zain apabila tampil dengan busana aneh rekaan jenama fesyen popular, Behati.
Seperti semua sedia maklum, Ziana baru sahaja melancarkan single baharu berjudul Waktu, duet bersama pendatang baharu Hasif Upin.
Dalam muzik video (MV) yang dikongsikan, Ziana dilihat tampil mengenakan busana aneh seperti watak terkenal, Maleficent lakonan Angelina Jolie.
Bagaimanapun, ramai yang tidak suka dengan konsep yang dibawakan Ziana kerana dikatakan meniru rekaan taraf Hollywood.
Bahkan, konsep MV yang diketengahkan juga dikatakan sudah lapuk dan tidak lagi relevan.
Diva pun sependapat dengan netizen. Tak suka apabila Ziana tampil dengan busana aneh sebab sebelum ini penyanyi itu terkenal dengan imejnya yang elegan.
Lagi satu, fesyen pelik-pelik bukan untuk Ziana, pereka fesyen pun, sila cari idea lain, janganlah nak Maleficent sangat. Ini bukan pentomin budak tadika,
Harap ini kali pertama dan terakhir Ziana muncul dengan konsep sebegini. Tak suka!
DIVA: Hati rasa cair bila tengok Beto Kusyairi akhirnya menang Pelakon Filem Lelaki Popular. Elok sungguh!