665
SELAIN dikecam kerana aksi menari sambil berguling, Elly Mazlein turut menuai pujian ramai menerusi nyanyian lagu Putus Terpaksa dendangan asal Ziana Zain pada konsert Big Stage minggu lalu.
Walaupun hanya menyanyikan bahagian korus, rata-rata peminat memujinya kerana bijak mengawal suara.
Mereka berpendapat, Elly seorang penyanyi yang baik tetapi perlu sentiasa diasah bakatnya.
“Gempak gila, terus masuk bahagian korus dan high note. Stamina Elly memang nombor satu,” komen netizen.
“Ini balas dendam sebab tersingkir GV dulu ke, apapun nyanyian Elly semakin bagus,” puji seorang lagi netizen.
Sementara itu, persembahan rakan hosnya, Rina Nose beraksi persis Lisa Blackpink turut meraih pujian.