PELAKON Rozita Che Wan mengharapkan bantuan orang ramai untuk mengesan dua pembantu rumah yang dinyatakan hilang hari ini.
Dalam masa sama Rozita atau mesra disapa sebagai Che Ta itu turut memuat naik gambar dua wanita dalam Instagram termasuk di ruangan Instagram Story.
Kalau ada ternampak pembantu rumah ini tolong mesej (DM) kami. Mereka ini sudah lari,” katanya.
Pelakon yang juga isteri kepada aktor Zain Saidin itu turut menyertakan nombor telefon iaitu 012-6224142 untuk dihubungi.
Kata pelakon filem Adik Manja Returns itu, dua wanita terbabit merupakan pembantu rumah adiknya yang juga pelakon Ayu Raudhah.
Pembantu rumah yang lari itu bukan pembantu rumah saya, tetapi Ayu.
“Ayu sekarang ini berpantang di rumah saya, Zaquan (suami Ayu) dengan semua anak-anak ada di Seremban.
Kedua-dua pembantu rumah itu lari pada petang tadi,” katanya ketika dihubungi HibGlam.
Perkongsiannya itu mencuri perhatian ramai termasuk golongan selebriti seperti Sharifah Shahirah, Zarina Zainuddin, Azharina dan bekas pesonaliti televisyen Puan Seri Normala Samsudin.
“Pergi buat laporan polis, saya banyak kali kena pembantu rumah lari dengan membawa barang kemas.
Kena buat laporan polis dan laporkan kepada imegresen,” nasihat Azharina.
Pada awal Ogos lalu Ayu Raudhah dan suami bekas pemain bola sepak, Zaquan Adha selamat menimang cahaya mata ketujuh.
Difahamkan Ayu kini sedang menjalani proses berpantang di kediaman kakaknya itu. – HIBGLAM