Yang disakiti, saya mohon maaf setulus-tulusnya – Ruhainies

PELAKON sensasi Ruhainies memohon maaf daripada mana-mana individu yang berkecil hati dengan dirinya baik dari segi lisan mahupun perbuatan.

Ruhainies atau nama lengkapnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas, 32, dengan setulus hati memohon maaf daripada teman-teman.

Katanya, urusan sesama manusia akan diminta untuk dipertanggungjawab sehingga tiba hari perhitungan (padang Mahsyar) nanti.

“Untuk siapa pun yang pernah saya sakiti secara lisan maupun sikap, mohon dimaafkan teman-teman. Kalaupun ada sesuatu dari saya yang tidak kalian reda, mohon untuk keredaannya.

“Kerana berurusan dengan manusia akan diminta bertanggungjawab sehingga hari perhitungan nanti,” katanya dalam satu kenyataan Instagram.

Tambahnya, permohonan maaf yang tulus membuatkan seseorang itu perlu tidak saling menuntut antara satu sama lain di hadapan Tuhan kelak.

“Maka dari itu saya minta maaf setulusnya agar nanti kita tidak saling menuntut di hadapan Allah.

“Bila ada sesuatu dari kalian yang belum saya tunaikan seperti hutang terlewat ataupun janji, silakan ditagih melalui ruangan mesej (direct message),” katanya lagi.

Sebelum ini, Ruhainies dikaitkan menjadi punca keruntuhan rumah tangga pasangan pelakon Bella Astillah dengan Aliff Aziz.

Kata Bella, dia berterima kasih buat sahabat baiknya, Ruhainies kerana berjaya meruntuhkan masjid atau perkahwinannya.

Ruhainies dan Aliff dilaporkan ditahan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jakim) di sebuah kondominium mewah di ibu negara pada 9 Mac lalu. – HIBGLAM.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok