Abby Abadi risau Marissa tak balas mesej

Pelakon Abby Abadi meluahkan rasa bimbang apabila anak perempuannya, Marissa Dania Hakim tidak dapat dihubungi.

Ujar Abby atau Arbaiyah Abdul Rahman, 47, kerisauannya berganda apabila Marissa tidak membalas mesej yang dikirimkan.

“Adik sayang, buat apa itu, okey tak tu? Kenapa mama mesej tidak berbalas?,” katanya dalam Instagram.

Dalam masa sama, pelakon drama Gerak Khas itu memohon anak keduanya itu pulang ke rumah dan makan bersama-sama kerana rindu.

“Mama nak ajak makan, masak spaghetti buat adik. Bila nak balik?,” soalnya lagi.

Terdahulu, kontroversi pernikahan rahsia antara Marissa dan Aslam di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu mengakibatkan anak Abby dan Norman Hakim itu menjadi sasaran kecaman netizen.

Selepas empat bulan mendiamkan diri, pempengaruh media sosial itu tampil menjelaskan keputusan memilih suami orang sebagai teman hidupnya.

Bulan Syawal lalu juga ternyata memberi 1,001 makna buat Abby apabila akhirnya dipertemukan dengan menantunya, Ahmad Aslam yang merupakan suami kepada Marissa. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok