Tak bermusuh dengan Marissa tapi ada ‘gap’ – Misya Mazlan

Tidak bermusuh, ada jarak.”

Demikian yang dikongsi pempengaruh media sosial, Misya Mazlan bagi menjelaskan status hubungan bersama madunya, Marissa Dania Hakim ketika ini.

Kata Misya, 25, meskipun tidak berseteru, mereka berdua tidak saling berhubung bagi memaklumkan tentang kehidupan masing-masing.

Saya tak bermusuh pun dengan dia cuma ada ‘gap’ (jarak).

“Kami buat hal masing masing dan tidak ‘update’ pun pasal kehidupan satu sama lain,” katanya dalam siaran langsung TikTok semalam.

Ujar Misya, hubungannya dengan Marissa bukan dalam fasa yang baik ketika ini meskipun masing-masing saling berkongsi suami iaitu Ahmad Aslam.

Saya pernah berbaik dengan dia. Ketika ini, kami nak kata berkawan pun tidak, musuh juga tidak.

“Anda juga boleh fikir kalau dia baik dengan saya, tak mungkinlah dia ‘block’ (sekat) semua komen tentang saya dalam akaun media sosial dia,” katanya lagi.

Terdahulu, nama Marissa sehingga hari ini menjadi bualan ramai disebabkan menikahi Ahmad Aslam tanpa pengetahuan keluarga di Songkhla, Thailand pada 27 Disember tahun lalu.

Bukan sahaja keluarga, pernikahan mereka berlangsung ketika Misya sedang menunaikan umrah.

Namun, kemelut itu berakhir selepas Aslam tampil bertemu dengan keluarga mentuanya awal Aidilfitri lalu bahkan Abby juga sudah reda menerima ketentuan takdir. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok