Fatiya Latiff tinggal di Jepun setahun?

PELAKON sensasi Fatiya Latiff sekali lagi mencuri perhatian ramai apabila mendedahkan bakal menetap di Jepun selama setahun.

Fatiya atau nama lengkapnya, Nur Fathia Abdul Latiff, 36, berkata, perbelanjaannya ke Jepun juga menelan belanja ratusan ribu ringgit.

“Bajet ke Jepun ialah dua ratus ribu dan akan menetap di sini selama setahun.

“Namun, saya akan tetap pulang ke Malaysia untuk mengambil beberapa barang lagi dan kembali semula ke Jepun,” katanya dalam siaran langsung TikTok.

Dia berkata demikian bagi menjawab beberapa soalan netizen namun tidak berkongsi lanjut sebab dan tujuan utamanya menetap selama setahun di negara matahari terbit itu.

Sementara itu, dalam siaran langsung sama, Fatiya turut menerima pertanyaan daripada netizen yang ingin mengetahui negara kelahirannya.

Pelakon drama Ariana Rose itu bagaimanapun tidak mendedahkan negara kelahirannya sebaliknya menyifatkan Malaysia memiliki ramai individu kurang siuman.

“Anda pasti tidak mahu tahu dari mana saya berasal.

“Negara saya memiliki ramai orang tidak waras,” jawabnya.

Baru-baru ini, nama Fatiya meledak dalam media sosial selepas membuat kenyataan berbaur provokasi terhadap pasangan selebriti, Zahirah Macwilson dan Aiman Hakim Ridza.

Rentetan daripada itu, dia turut saling berbalah dengan aktres yang juga bekas rakan baiknya, Zarina Anjoulie dalam media sosial.

Melihat perubahan sikap yang ketara, ramai mula mempersoal dan risau terhadap tahap kesihatan mental Fatiya namun dia menegaskan tidak mengalami depresi serta pernah melakukan pemeriksaan dengan pakar psikiatri. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok