“GILA! Perkara ini memalukan dan boleh timbulkan fitnah.”
Demikian respons aktres, Anna Jobling berhubung fotonya disunting menggunakan teknologi buatan atau AI sehingga sehingga mendatangkan aib seterusnya menjatuhkan maruahnya sebagai wanita.
Pemilik nama penuh Anna Ellisa Gustin Jobling Abdul Rahman itu turut menyifatkan tindakan tidak bertanggungjawab berkenaan sebagai memualkan dan kerja gila.
“Bagi saya perkara ini memalukan dan kalau tidak dibendung boleh menimbulkan fitnah kerana sangat melampau.
“Mengarut, saya tiada masa untuk layan. Lebih baik fokus kerja sahaja,” katanya.
Menurut heroin drama Melur Untuk Firdaus itu lagi, dia mengetahui perkara tersebut daripada orang sekelilingnya dan tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang sekiranya melampaui batas.
“Peminat dan pihak pengurusan ada memaklumkan perkara ini kepada saya melalui media sosial.
“Kalau jumpa, saya akan lapor akaun tersebut dan sekiranya melampau saya akan ambil tindakan seterusnya,” ujarnya lagi.
Baru-baru ini, sebuah portal melaporkan foto Anna yang disunting pihak tidak bertanggungjawab telah tular dalam aplikasi TikTok.
Menerusi foto tersebut, aktres berdarah kecukan Melayu-Inggeris itu dilihat menggayakan bikini.
Meskipun jelas foto itu disunting menggunakan teknologi AI masih ada pihak yang percaya dan bertindak mengeccam aktres itu.
Selain Anna, ramai lagi selebriti terkenal wanit tanah air turut menjadi mangsa termasuk Sophia Albarakbah, Iman Troye dan Mira Filzah. – HIBGLAM