Lee Hyori nak muntah tengok Rain buka baju 

Penyanyi sensasi, Lee Hyori memberi amaran secara sinis kepada penyanyi Rain supaya tidak menanggalkan pakaian apabila mereka membuat persembahan di pentas yang sama.

Malah, kata Hyori, dia tidak sanggup untuk melihat sahabatnya itu membuka baju di atas pentas apatah lagi di hadapannya kerana berasakan perbuatan itu meloyakan dan menjijikkan.

Hyori berkata demikian menerusi sebuah rancangan berjudul Dancing Queens on the Road yang melibatkannya dengan penyanyi tersebut.

“Jangan tanggalkan pakaian awak bila persembahan kita berdua nanti, itu pentas kita bukan milik awak seorang.

“Awak memang suka buka baju kan? Awak buat benda sama juga di konsert Psy juga tempoh hari. Jujurnya, nak muntah rasanya bila saya tengok awak tak berbaju,” sindir Hyorin.

Tanpa bertikam lidah, Rain sebaliknya memekakkan telinga sambil ketawa terbahak-bahak sebagai reaksi terhadap amaran Hyori. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok