Jooheon ceria dalam kem tentera

SEJAK menyertai latihan ketenteraan pada Julai lalu, penyanyi Jooheon berkongsi perkembangan semasa serta hal-hal baharu yang diterokainya dalam kem.

Peminat gembira melihat anggota Monsta X itu kelihatan sangat sihat ketika menggalas tanggungjawab sebagai tentera.

Pada minggu pertama dalam kem, pemilik nama lengkap Lee Joo-heon itu mempamerkan banyak aksi comelnya untuk tatapan peminat.

Kemudian, pada minggu kedua dia bergambar bersama sekumpulan tentera lain dengan menunjukkan isyarat hati.

Penyanyi berusia 29 tahun itu bergambar bersama rakan-rakan dengan isyarat rasmi Monsta X. Perkongsian itu menunjukkan keadaannya baik-baik sahaja sekali gus melegakan peminat.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok