Anggota kumpulan 2NE1, Sandara bengang dengan dakwaan ketinggiannya dibuat-buat dan tidak masuk dek akal.
Dalam sebuah temu bual, Sandara dengan tenang menyatakan bahawa dia tidak sentiasa mengukur ketinggian dan menimbang berat badannya kerana risau dan takut akan mematahkan semangatnya.
“Saya tidak mengukur ketinggian saya kerana saya takut. Saya takut untuk melihatnya dengan mata saya sendiri, jadi saya hanya akan mengatakan bahawa tinggi saya adalah 160 sentimeter (sm).
“Sama juga seperti berat badan saya, sudah lama saya tidak berat kurang daripada 40 kilogram,” katanya.
Pada masa sama, Sandara turut menjawab pertanyaan daripada netizen yang mempersoalkan dari mana datangnya punca pendapatan penyanyi jelita itu sedangkan dia tidak begitu aktif seperti artis lain.
“Mereka bertanya dari mana datang duit yang banyak untuk saya membeli-belah. Mana saya tak bengang.
“Bayaran pengiklanan agak tinggi dan disebabkan itu, saya memperoleh pendapatan yang baik secara konsisten,” jelasnya.