Nama anggota kumpulan BTS, Jungkook terukir di dinding Hospital Kanak-kanak Universiti Nasional Seoul sebagai penderma terbesar untuk hospital tersebut.
Pihak hospital juga mendedahkan Jungkook menyumbang dana banyak bagi membantu kanak-kanak kurang bernasib baik yang menghidap pelbagai penyakit.
Dana disalurkan Jungkook akan meningkatkan inisiatif pusat jagaan komprehensif hospital selain membaik pulih perkhidmatan penjagaan kesihatan khusus buat golongan tersebut.
Rentetan itu, pelantun lagu Still With You itu dihujani pelbagai pujian daripada netizen yang menyifatkan penyanyi kacak itu seorang lelaki budiman.
“Bukan sahaja wajahnya tampan, hatinya juga mulia, dia juga mendermakan wang kepada golongan yang kurang bernasib baik.
“Itu merupakan satu tindakan yang selayaknya dipuji,” komen seorang peminat.
“Jungkook memang tidak pentingkan diri sendiri sebaliknya, dia fikirkan nasib mereka yang ditimpa penyakit. Selayaknya populariti mendekat dengannya,” demikian komen seorang netizen dalam media sosial.