Fadlan Hazim kini suami wanita Kazakhstan

DENGAN sekali lafaz, pelakon Fadlan Hazim selamat bergelar suami kepada wanita asal Kazakhstan, Aiya Mukhamedsalova dalam majlis pernikahan yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, di sini kira-kira pada pukul 10.27 pagi tadi.

Dalam majlis yang dihadiri keluarga dan rakan-rakan terdekat itu, Fadlan atau nama lengkapnya Fadlan Hazim Anuwar, 31, dinikahkan oleh jurunikah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Muhammad Fairudz Saderi.

Majlis yang berlangsung secara sederhana itu turut menyaksikan Fadlan meyerahkan mas kahwin berupa sebentuk cincin beserta lima dulang hantaran kepada pengantin perempuan.

Bagaimanapun pasangan sama cantik sama padan itu memilih untuk merahsiakan jumlah wang hantaran mereka.

Terdahulu Fadlan dan Aya mengikat tali pertunangan pada 1 Oktober tahun lalu.

Walaupun berlainan budaya dan adat, Fadlan berkata perkara itu tidak menjadi masalah untuk dua jiwa bersatu.

Sebelum mengikat tali pertunangan, pelakon filem Sangkar itu diuji dengan bermacam-macam perkara termasuk ujian ‘kelakian’ aneh demi membuktikan dirinya cocok untuk bersama dengan wanita pilihan hatinya.

“Antara yang perlu saya lakukan adalab berjalan atas paku, menunggang kuda dan minum susu kuda.

“Saya juga dibawa mendaki gunung dalam keadaan suhu yang amat sejuk. Bayangkan saya perlu mendaki gunung tanpa memakai baju tebal,” ceritanya. -HIBGLAM

 

View this post on Instagram

 

A post shared by HibGlam (@hibglam.com.my)

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok