Dicium pelakon lelaki, Naim Daniel tak songsang

DEMAM Projek: High Council masih belum berakhir apabila setiap pelakonnya terus meraih perhatian luar biasa pengikut tegar drama berkenaan.

Terbaharu, Naim Daniel yang turut membintangi naskhah tersebut menjadi tumpuan gara-gara sebuah video dalam TikTok menunjukkan dia dicium beberapa pelakon yang turut beraksi dalam penerbitan sama.

Insiden yang dirakam ketika tayangan episod akhir drama tersebut mencetuskan spekulasi dalam kalangan peminat.

Begitupun, Naim menjelaskan, itu semua aksi spontan yang menunjukkan keakraban mereka sepanjang lebih dua bulan berada di set penggambaran.

Harap jangan salah sangka, sebab penyanyi dan komposer muda itu antara individu yang lantang menegur golongan lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).

Naim pun jenis cepat mesra, apatah lagi dengan mereka yang memang rapat dengannya.

MIZZ LAHAR: Tengah siasat pasal seorang pelakon yang mendakwa dibuli di set penggambaran drama.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok