‘Trend’ selebriti K-Pop pilih mati muda

MATI tidak mengenal usia, sama seperti penyanyi Moonbin yang meninggal dunia ketika berusia 25 tahun.

Insiden itu disedari pengurusnya yang menemui tubuh kaku Moonbin di kediamannya di Gangnam, Seoul sekitar pada 19 April lalu.

Mengejutkan, namun itulah yang berlaku. Lebih menyedihkan apabial siasatan polis menyatakan kematian ahli kumpulan Astro itu akibat membunuh diri.

Selain Moobin, ada beberapa lagi selebriti mengejutkan dunia dengan sebuah kematian pada usia yang terlalu muda.

Shim Jin-bo

AKTOR Shim Jin-bo menghembuskan nafas terakhir pada 5 Mac 2018.

Punca kematiannya adalah disebabkan serangan jantung semasa berusia 35 tahun.

Kematian aktor itu disedari apabila ibunya bimbang dengan keadaan Jin-bo yang tidak mengangkat panggilan telefon.

Dia terus bergegas ke rumah anaknya tetapi malangnya Jin-bo sudah tidak bernyawa.

Mendiang bintang drama bersiri Rude Miss Young Ae itu disemadikan di Sarang, Incheon, Korea Selatan.

Jeon Tae-soo

BIARPUN punca sebenar kematian Jeon Tae-soo tidak didedahkan kepada umum, namun rata-rata menyifatkan pemergian aktor berusia 34 tahun itu ada kaitan dengan bunuh diri.

Kematian, Tae-soo juga menyebabkan pelakon Ha Ji-won kehilangan abang kesayangannya.

Menurut pihak agensi iaitu Haewadal Entertainment, Tae-soo sudah lama berdepan masalah depresi.

Haewadal Entertainment turut meminta agar netizen dan media tidak membuat spekulasi atas kematian aktor ini.

Sebelum meninggal dunia, Tae-soo sedang berehat dari industri buat sementara waktu bagi proses pemulihan depresi. Pengebumiannya bersama keluarga dan kenalan dekat.

Jonghyun

PENYANYI Jonghyun yang ditemui mati ketika berusia 27 tahun pada 18 Disember 2017.

Punca kematiannya adalah disebabkan menghidu gas karbon monoksida.

Difahamkan, kebanyakan rakyat Korea Selatan sengaja memenuhkan gas karbon monoksida dalam rumah untuk tujuan bunuh diri.

Sewaktu ahli kumpulan SHINee itu ditemui, dia sudah tidak sedarkan diri dan menghembuskan nafas terakhir dalam perjalanan ke hospital.

Selepas tarikh kematiannya, kawan rapat kepada Jonghyun menemui sepucuk surat yang ditinggalkan penyanyi lelaki itu.

Dalam surat tersebut, Jonghyun meluahkan kesukarannya mengendalikan penyakit depresi.

“Menjadi terkenal bukanlah impian saya. Saya sampai kena hadap semua kesukaran seorang diri,” tulisnya dalam surat tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok