Selepas isu tudung terbang, pelakon juga model popular, Alya Iman sekali lagi meraih perhatian netizen apabila penampilan terbaharu kini didakwa semakin terbuka mendedahkan gaya hidup untuk perhatian khalayak.
Menerusi video TikTok yang dipercayai dimuat naik kawannya sendiri, mereka dilihat sama-sama ‘berani mati’ hanya memakai singlet warna kulit dipadankan dengan seluar palazzo menari dan bergelek mengikut rentak lagu nyanyian Shakira, Hips Don’t Lie.
Bagaimanapun, video aksi lincah mereka berdua itu dipercayai telah dipadam selepas menerima hentaman serta caci maki netizen.
Namun, video tersebut berjaya dimuat naik semula beberapa pengguna akaun TikTok lain termasuk beberapa portal hiburan.
Meninjau ruangan komen video tersebut, rata-rata netizen menyifatkan wanita muda yang dahulunya model Muslimah itu terkena kejutan budaya dan pengaruh rakan sebaya.
“Gelek lagi dik, sebab itu kena cari kawan yang baik, kalau betul jalannya, maka elok la hidup kita. Terkinja-kinja macam ni takkan buat ibu bapa bangga,” komen netizen itu.
“Mesti arwah bapa awak kecewa, menangis dia dalam kubur tengok anak dia perangai macam ni. Iman memang tak dapat diwarisi,” tulis seorang pengguna lain.
Terdahulu, anak bongsu kepada pelakon dan pendakwah, Allahyarham Azmil Mustapha itu mengakui dirinya tidak lagi berhijab dan membuat keputusan untuk tidak lagi bertudung.
Jelasnya, keputusan yang dibuat itu selepas berbincang dengan keluarga selain lebih selesa menjadi diri sendiri tanpa bersikap hipokrit dalam media sosial. – HIB GLAM