PELAKON Alya Iman menyifatkan platform Threads sebagai sebagai ruangan yang paling toksik berbanding media sosial lain.
Alya atau nama sebenarnya Nur Alya Iman Azmil, 25, perkara tersebut adalah selepas melihat komen dan ulasan netizen mengenai sesuatu isu dianggap keterlaluan.
“Antara media sosial yang ada hari ini, saya paling benci Threads sebab sangat toksik berbanding media sosial lain lain. Saya sangat benci Threads.
“Bila buka, baca komen netizen, mereka ini ibarat tiada agama. Cara menulis tu sangat menakutkan.
“Jadi, saya memilih untuk tidak aktif aplikasi tersebut,” katanya kepada Kosmo! Online.
Sedar dirinya kerap menjadi mangsa kecaman ramai, dia menolak untuk membaca komen-komennegatif kerana enggan kesihatan mentalnya terganggu
“Dulu memang saya ada baca komen-komen netizen sehingga menganggu fikiran saya namun saya tidak lai melakukannya.
“Hari ini, media sosial sangat menakutkan dan kita sediri tidak boleh nak kawal apa yang netizen nak cakap,” katanya lagi.
Dalam pada itu, dia mendedahkan masih menerima gangguan seksual termasuk foto tidak senonoh daripada individu tidak dikenali dalam media sosial.
Alya bagaimanapun enggan melayan segala mesej sebegitu namun mengakui adakalanya dirinya berasa takut.
“Ramai yang ganggu dan sejujurnya sangat menakutkan. Mereka hantar gambar pelik-pelik kepada saya.
“Disebabkan itu jugalah, saya tidak terlalu kerap berkongsi tentang kehidupan dalam media sosial sebab sangat takut dengan manusia sekarang,” jelasnya.
Sebelum ini, nama Alya kerap menjadi mangsa kecaman netizen dalam media sosial termasuk dilempar tuduhan sebagai penyondol rumah tangga orang. – HIBGLAM
