Uhm Hyun-kyung, Cha Seo-won timang anak lelaki

PASANGAN selebriti Uhm Hyun-kyung dan Cha Seo-won teruja menyambut kelahiran cahaya mata pertama mereka.

Menurut laporan media Korea, Hyun-kyung selamat melahirkan bayi lelaki yang sihat dan berkulit gebu.

Dilaporkan, aktres drama The Second Husband itu juga berada dalam keadaan baik selepas beberapa jam bertarung nyawa melahirkan anaknya.

Suaminya turut berada di sisi sepanjang proses bersalin bagi menikmati momen indah itu walaupun sedang menjalani latihan ketenteraan.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok