Lisa jumpa abang ipar

KETIKA berkunjung ke Paris baru-baru ini, Lisa Manoban dikatakan turut melawat kediaman abang kandung kekasihnya, Frederic Arnault.

Spekulasi tersebut bermula apabila foto-foto yang dimuat naik dalam Instagram ahli kumpulan Blackpink itu seakan-akan berada dalam rumah abang Frederic bernama Antoine Arnault.

Dalam hantaran tersebut, penyanyi asal Thailand itu turut memuat naik foto kanak-kanak yang dipercayai anak kepada bakal abang iparnya itu.

Peminat semakin yakin percintaan Lisa dan Frederic mendapat restu keluarga hartawan tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok