Alvin Chong tak habis-habis dituduh ‘gayboy’

KASIHAN Diva tengok pelakon Alvin Chong apabila isu yang menuduhnya seorang ‘gayboy’ masih lagi menjadi bualan netizen.

Walaupun pelakon itu sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa dirinya masih lelaki ‘lurus’, tapi sampai sekarang orang masih anggap dia  menyukai lelaki sesama jenis.

Terbaharu, sebuah video yang dikongsikan seorang lelaki ‘mat saleh’ dalam TikTok telah mengundang syak wasangka netizen apabila mendakwa jejaka itu adalah kekasih kepada Alvin.

Lebih menguatkan andaian apabila pelakon berwajah ‘oppa’ itu turut berada dalam video tersebut ketika sama-sama menikmati minum petang di sebuah restoran di Perancis.

Berduyun-duyun ‘orang kita’ meninggalkan komen pada video tersebut. Malah ada yang anggap lelaki bertubuh sasa itu adalah kekasih baharu Alvin. Alamak!

Tak pasal-pasal akaun TikTok lelaki yang menggunakan nama Marc Mestre itu diserang ‘tentera bawang’ dari Malaysia.

DIVA: Ramai ‘sedar diri’ bila Ayda Jebat memilih melahirkan anak keduanya secara pembedahan. Tahniah!

 

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok