Nur Nilam Sari kini lagu hutang

TIADA angin tiada ribut, lagu Nur Nilam Sari nyanyian Awie Wings bersama Search tiba-tiba meledak dalam TikTok.

Lucunya, lirik bahagian korus lagu tersebut diubah seolah-olah menjadi lagu untuk meminjam wang.

“Pinjam RM100 Nur Nilam Sari, pinjam dahulu, bayar nanti.”

Lirik tersebut mengundang tawa ramai sehingga ada yang menjadikannya trend untuk meminjam duit daripada individu lain.

Tidak berdiam diri, Awie kemudiannya turut tampil dalam sebuah video dengan menyanyikan semula lagu yang telah diubah lirik tersebut.

“Aku pun terbabit, naya!” selorohnya yang membuatkan ramai tidak kering gusi malah dilabel sebagai ‘sporting’ kerana sudi menyanyikan lirik viral tersebut.

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok