PELAKON Priyanka Chopra mendedahkan sisi unik suaminya, Nick Jonas yang disifatkan lebih mengikuti perkembangan gosip selebriti terutama Bollywood berbanding dirinya.
Menurut Priyanka, teman hidupnya itu merupakan orang pertama yang memaklumkan khabar terbaharu artis di tanah airnya di India, walaupun mereka jauh di AS.
“Nick tahu banyak perkara yang saya sendiri tak tahu. Kadang-kadang saya tak sedar ada pasangan selebriti sudah berpisah, tetapi Nick lebih awal maklumkan.
“Saya akan cakap, ‘tolong sampaikan salam saya kepada si polan.’ Kemudian Nick akan jawab, ‘tak boleh, mereka dah putus.’ Saya hanya mampu kata, ‘oh, terima kasih beritahu,’” ujarnya sambil ketawa.
Jonas juga jarang mendedahkan identiti sumber gosipnya bagi menjaga kerahsiaan. Difahamkan dia mengikuti beberapa akaun media sosial isu gosip selebriti Bollywood.
“Saya memang mengikuti beberapa akaun Instagram secara diam-diam, tetapi saya tak akan beritahu yang mana satu,” katanya. – HIBGLAM
