PENYANYI dan pelakon Elizabeth Tan sekali lagi mencuri perhatian apabila berkongsi pandangan tentang kehidupan rumah tangga dan berpasangan.
Bagi selebriti yang mesra disapa Lizzy itu, konsep 50:50 bukan sesuatu memalukan, malah menjadi antara kunci keharmonian hubungan bersama suami sejak zaman bercinta sehingga bergelar pasangan suami isteri.
“Sejak bercinta lagi memang 50:50. Sekarang dah kahwin pun sama. Bergilir-gilir bayar, apa susahnya. Dengan cara itu, tak ada siapa simpan kecil hati,” katanya.
Kenyataan tersebut meraih perhatian ramai, khususnya kaum lelaki malah ruangan komen dibanjiri pujian terhadap sikap pelantun lagu Semua Sudah itu yang disifatkan matang, bertolak ansur dan tidak meletakkan beban kewangan di bahu suami semata-mata.
“Untunglah siapa dapat isteri macam Lizzy. Bijak, bertolak ansur dan tak mementingkan duit semata-mata,” antara komen paling banyak diulang.
Diva pun bersetuju, rumah tangga bukan medan mengira siapa lebih banyak berkorban, sebaliknya soal saling melengkapi.
DIVA: Ramai pula kata peserta Big Stage x Rocketfuel musim ini lebih ramai suara
‘ke laut’
