1
SIAPA sangka pengumuman pementasan teater muzikal Puteri Gunung Ledang (PGL) mendapat sambutan luar biasa daripada orang ramai.
Rentetan itu, ramai mula menghasilkan imej menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI) dengan membayangkan mereka memegang watak PGL, Hang Tuah dan Sultan Melaka.
Paling lucu, ada yang membuat suntingan wajah mereka dengan watak lain termasuk hati nyamuk, kuda, sayur-sayuran dan Gunung Ledang.
Perkara tersebut membuatkan ramai terhibur dan berharap lebih banyak konten sebegitu dihasilkan.
Lambakan foto suntingan AI tersebut membuktikan pementasan PGL yang kembali selepas dua dekad sememangnya dinanti-nanti ramai. – HIBGLAM
