Bantu warga emas, Brad Pitt pemurah

DI sebalik kontroversi kehancuran perkahwinan, pelakon Brad Pitt berjiwa pemurah apabila membenarkan seorang warga emas tinggal di kawasan kediaman miliknya secara percuma.

Pelakon filem Meet Joe Black itu dikatakan membeli sebuah hartanah di kawasan Los Feliz pada 1994 daripada jirannya, Cassandra Peterson dengan harga RM7.9 juta bagi meluaskan kawasan kediamannya yang merangkumi 22 rumah termasuk milik John.

Menurut Peterson, selepas membeli hartanah itu, Pitt difahamkan mengetahui John tinggal sendirian selepas kematian isterinya, namun membenarkannya terus menetap di rumah itu secara percuma.

Brad sangat baik terhadap John. Selepas isterinya meninggal dunia, John terus tinggal di sana dan Brad tidak mengenakan sebarang bayaran sehingga dia meninggal dunia,” katanya.

Selepas kematian John pada usianya 105 tahun sekitar awal 2000, Pitt dilaporkan menjual hartanah mewah tersebut dengan nilai mencecah RM188 juta.

Kediaman di Los Feliz itu juga pernah menjadi rumah keluarga Pitt bersama bekas isterinya, Angelina Jolie ketika mereka membesarkan enam anak sebelum bercerai. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok