‘Sudah lapor polis, ada kesan pijak, tumbukan di perut anak saya’

PELAKON Ako Mustapha berang apabila anak lelakinya, Mikael Iskandar yang baru berusia 10 tahun mengalami kecederaan selepas didakwa dipukul di sekolah, semalam.
Menurut Ako dalam Threads, anaknya dikatakan dibuli oleh pelajar senior dan rakan sekelas dengan kesan tumbukan serta pijak pada bahagian badan.
Hari ini sangat marah sebab anak saya  Mika kena buli di sekolah oleh lima pelajar termasuk tiga pelajar senior dan rakan sekelas
“Pada bahagian perut ada kesan tapak kasut dan tumbukan. Saya sudah buat laporan polis,” katanya.
Tambah Ako, perkara tersebut didedahkan sendiri oleh Mikael kepadanya sebelum melaporkan perkara tersebut kepada guru kelas dan pihak berwajib.
Balik dari sekolah Mika mandi dan beritahu dia kena buli. Kemudian bila keringkan badan dia, saya perasan pada bahagian perut ada kesan tapak kasut dan tumbukan.
“Terus saya soal siasat Mika dan dia pun cerita satu-satu. Semua gambar dan video saya ambil iaitu kesan di bahagian perut serta hantar kepada guru kelasnya,” katanya lagi.
Selepas Mikael mengadu mengalami kesakitan disebabkan hal tersebut, dia bergegas membawa anaknya ke Hospital Kuala Lumpur untuk mendapatkan rawatan lanjut.
“Mikael mengadu sakit perut dan dada sementara isteri sudah ambil foto dan video kesan kena buli.
Guru kelas pun dah dimaklumkan dan akan siasat untuk ambil tindakan seterusnya.
“Alhamdulillah guru kelas Mikael memberi kerjasama. Mikael ditahab di wad HKL, doakan semuanya baik-baik buat anak saya,” ujarnya. – HIBGLAM
Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok