Hutang lebih RM1 juta, saya dianiaya – Raf Yaakob

HILANG sabar, pempengaruh Raf Yaakob nekad mendedahkan perbuatan abang kepada seorang selebriti yang didakwa berhutang dengannya.

Raden Ahmad Faizal Yaakob, 41, berkata, lebih teruk apabila individu terbabit memutarbelitkan fakta apabila menuduhnya pula yang berhutang.

“Abang kepada seorang artis ini berhutang dengan saya, tetapi dia beritahu orang ramai kononnya saya yang berhutang dengan dia.

Siapa cakap saya banyak hutang dengan orang. Bila ajak berjumpa untuk selesaikan, dia tak mahu. Apa yang patut saya buat?,” katanya dalam perkongsian di platform Threads.

Menerusi hantaran lain, adik kepada penyanyi dan cef, Datuk Fazley Yaakob itu turut mendakwa ada beberapa individu lain berhutang dengannya mencecah RM1 juta.

Kata Raf lagi, perbuatan culas pihak berkenaan tersebut merupakan antara bentuk penganiayaan terhadap dirinya

Ini baru satu pihak. Kalau campur dua lagi pihak yang berhutang dengan saya, nilainya sudah lebih sejuta. Saya akan selesaikan satu persatu.

“Berani kerana benar. Bukan saya sengaja beri pinjam, tetapi saya rasa dianiaya. Individu itu sendiri mengaku salah dan berjanji untuk bayar semula, namun sehingga kini masih belum ditunaikan.

Pendedahan dibuat meraih perhatian netizen yang meminta Raf menggunakan saluran betul demi menuntut haknya.

“Tuntut, jangan bagi orang pijak kepala,” tulis seorang pengguna Threads. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok