Ikan kekek versi Layla Sania lulus

KETIKA seorang penyanyi rap dikatakan merosakkan lagu rakyat, Ikan kekek, Layla Sania hadir menyelamatkan keadaan.

Layla meraih pujian ramai apabila muncul dengan sebuah video muzik menyanyikan lagu Ikan Kekek yang diiringi ketukan alat muzik gamelan.

Menariknya, Layla tidak keseorangan, dia turut berkolaborasi dengan penyanyi asal China iaitu Wu Ke Yue yang menyanyikan lagu itu dalam bahasa Mandarin.

Gabungan dua negara dan dua bahasa itu membuatkan ramai menzahirkan rasa bangga kerana Ikan Kekek mula dikenali di persada dunia.

“Ikan Kekek versi Layla lulus!

Kami suka keharmonian budaya ini, ‘bravo’ Layla Sania.

“Gabungan seperti ini yang kami suka, bukan merosakkan lagu,” komen netizen. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok