6
SEKALI pandang ingatkan pasangan kekasih remaja belasan tahun, rupa-rupanya Erra Fazira dengan suami tercinta, Ezwan Zain atau Mr. E.
Sangkaan tersebut tercetus selepas Mr. E muat naik foto bergambar bersama Erra di sebuah cermin cembung keselamatan yang biasanya terletak di bahu jalan.
Rata-rata netizen teruja melihat perkongsian tersebut yang disifatkan sebagai pasangan berjiwa muda.
“Ingatkan ‘couple’ Gen Z, Erra dengan suami yang bergambar. Seronok tengok mereka bahagia.
“Selalunya budak Gen Z saja ambil gambar di cermin ini, jiwa muda betul Mr. E,” komen netizen.
