KETIKA netizen berdebar-debar menunggu lagu raya usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri, anak daranya, Qadejah El Zahra pula pantas mencelah.
Gadis berusia 16 tahun itu rupa-rupanya sudah masuk studio merakamkan sebuah lagu istimewa, khusus bagi memeriahkan kehadiran Syawal.
Senyap-senyap sahaja Qadejah atau panggilan manjanya Cess masuk studio bersama beberapa rakan iaitu Cik B, Alyssa Dezek dan Ara Aziz.
Berita itu sebenarnya dikongsikan ibunya, Datin Seri Shahida di laman sosial sekali gus membuat netizen melihat Cess sebagai Aliff Syukri 2.0.
Apa pun ramai memuji vokal Cess dan kawan-kawannya, tak kurang juga teruja menunggu lagu raya tersebut berkumandang. Agak-agak boleh tak lawan lagu bapanya, Chu Ku Chuk raya ke tak?
DIVA: Baju raya sudah berlambak, sekarang tertunggu-tunggu ‘perang’ lagu raya tahun ini pula.
