Membumi, Mariah Carey enggan digelar legenda

PERNAH dicop bersikap diva, penyanyi Mariah Carey mengakui kehidupan sebagai selebriti tidak meletakkan dirinya lebih istimewa berbanding orang lain malah hakikatnya dia juga kurang selesa dipanggil penyanyi legenda.

Penerima enam trofi Anugerah Grammy itu menegaskan pencapaian dalam arena muzik belum melayakkannya dilabel legenda kerana masih perlu bekerja keras biarpun sudah hampir empat dekad bergelar penghibur.

Carey, 56, yang baru menerima penghargaan MusiCares Person of the Year 2026 menegaskan kemasyhuran serta anugerah diraih tidak akan melenyapkan jati diri mahupun empati terhadap insan lain.

Pelajaran yang saya dapat adalah tetap menjadi diri sendiri. Memang saya berdepan pelbagai hal kurang menyenangkan sepanjang tempoh ini, tapi sekarang saya masih di sini,” ujarnya.

Biarpun keperibadian sering disalah anggap, penyanyi tersohor dunia itu tidak ambil peduli, sebaliknya giat menghulurkan sokongan kepada insan memerlukan termasuk memberi bantuan kepada mangsa bencana serta pelbagai isu lain. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok