Menurut Sharnaaz, 40, dia tidak teragak-agak untuk menggugurkan nama mana-mana individu dalam senarai Persatuan Duda-Duda Malaysia (PDDM) sekiranya mereka melakukan trend tersebut.
“Kepada semua ahli dan prospek PDDM.
Sesiapa yang tertangkap buat video Jamilah itu, anda akan digugurkan dan disenarai hitam serta-merta dari persatuan,” katanya berseloroh dalam satu hantaran InstaStory.
Dalam masa sama, dia menegaskan golongan duda tidak sepatutnya melakukan trend sebegitu kerana enggan dilihat seakan terdesak untuk mencari pasangan.
“Kita duda tapi bukan terdesak. Kita ada gaya,” katanya yang menggelarkan dirinya sebagai ketua merangkap presiden ‘persatuan’ tersebut.
Sharnaaz bagaimanapun tidak menyebut mana-mana nama termasuk selebriti yang melakukan trend tersebut.
Terdahulu, trend Jamilah meledak dalam media sosial selepas aktor, Que Haidar yang juga seorang duda menyanyikan lagu tersebut sambil baring dan tidak berbaju dalam sebuah video.
Lagu milik Jamal Mirdad itu seterusnya menjadi siulan ramai dan ramai rakan selebrti lain turut melakukan trend sama. – HIBGLAM
