Sinaran ‘mendunia’ di tangan Rossa, MK

UMUM tahu, lagu Sinaran milik Datuk Sheila Majid mencipta fenomena luar biasa sehingga terus menjadi siulan ramai termasuk di negara jiran, Indonesia sehingga ke hari ini.

Terbaharu, lagu tersebut didendangkan semula dan menjadi single terbaharu Datuk Rossa.

Menariknya, susunan muzik turut digubah dan diselit elemen rap nyanyian MK K-Clique.

Majoriti peminat mengakui versi Rossa kedengaran lebih ‘catchy’ dan seronok didengar.

“Sedapnya versi Rossa tanpa merosakkan lagu, sudah ulang dengar banyak kali.

Bangga lagu Malaysia di ‘remake’ penyanyi Indonesia, Sinaran terus ‘mendunia’!

“’Random’ betul Rossa duet dengan MK tapi menjadi,” puji netizen.

Diluncurkan sejak 10 Oktober lalu, video muzik rasmi lagu tersebut sudah meraih lebih 460,000 tontonan. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok