Kang Tae-poong kembali dengan Typhoon Family

MULA ditayangkan dalam Netflix sejak 11 Oktober lalu, naskhah terbaharu, Typhoon Family terus jadi bualan peminat K-drama!

Berlatarbelakangkan krisis kewangan Asia tahun 1997, drama ini menggabungkan kisah keluarga, perjuangan hidup dan nilai kemanusiaan yang dekat dengan realiti orang ramai.

Diarahkan Lee Na-jeong dan Kim Dong-hwi, naskhah ini menampilkan gandingan mantap iaitu Lee Jun-ho yang popular menerusi drama King the Land bersama Kim Min-ha.

Typhoon Family mengisahkan Kang Tae-poong lakonan Jun-ho yang terpaksa ambil alih syarikat keluarganya selepas bapanya meninggal dunia dan perniagaan mereka hampir muflis.

Pelbagai konflik berlaku termasuk pertemuan dengan Oh Mi-seon (Min-ha) yang banyak membantu dalam berdepan tekanan ekonomi dan kemelut keluarga.

Meski baru ditayangkan dua episod, Typhoon Family berjaya mengungguli carta 10 drama paling popular Netflix minggu ini. – HIBGLAM

Ikuti kami di saluran media sosial : FacebookX (Twitter)InstagramTikTok