PELAKON Abby Abadi mencuri perhatian ramai apabila berkongsi komen netizen mengenai kehidupan poligami yang dilalui anak perempuannya Marissa Dania Hakim bersama suaminya, Ahmad Aslam ketika ini.
Abby atau Arbaiyah Abdul Manan, 48, memberitahu dia memilih untuk tidak terlalu mengulas sebaliknya memendam semuanya sendiri.
Rasanya banyak yang mahu diceritakan.
“Tapi cuma boleh cakap biarlah komen-komen ini mewakili,” katanya dalam sebuah video.
Menerusi tangkap layar yang dikongsi Abby, antara komen netizen yang dimuat naik termasuklah meminta Marissa untuk meninggalkan kehidupan poligami dan memulakan perjalanan baharu.
Mereka juga berpendapat Marissa yang baru berusia 20 tahun itu memiliki rupa paras cantik itu layak memiliki kehidupan lebih baik berbanding memegang gelaran isteri nombor dua.
Dalam masa sama, Abby turut membalas dan bersetuju dengan komen netizen yang meminta Marissa mengundur diri mencari jodoh lain berstatus golongan kenamaan sekali gus membiarkan suaminya, Aslam bahagia bersama isteri pertama dan tiga anak mereka.
Bukan VVIP pun tak mengapa, yang penting bukan suami orang.
“Buang masa dan rugikan diri sendiri,” balas Abby kepada netizen.
Pada April lalu, Abby mencuri perhatian ramai apabila lantang bersuara dalam media sosialnya berkaitan hal keluarga termasuk menyangkal kenyataan Aslam yang mendakwa sudah membuat permohonan maaf secara peribadi terhadapnya sebelum ini.
Luahan tersebut tercetus apabila Abby meluahkan rasa kecewa terhadap sikap Aslam yang dikatakan tidak menghormatinya sebagai ibu mentua.
Tidak menunggu lama, Marissa membuat kejutan bertemu Abby bagi menjernihkan semula hubungan mereka yang berantakan hampir dua minggu.
Terdahulu, Marissa selamat bergelar isteri kedua kepada Mohd. Aslam selepas mereka berkahwin di di Songkla, Thailand pada Disember 2023.
Ketika itu, Mohd. Aslam sudah memiliki seorang isteri, Umisya dan tiga cahaya mata. – HIBGLAM