LIRIK menyentuh jiwa, penyanyi Ara Johari tidak dapat menahan sebak apabila melihat seorang wanita menitiskan air mata ketika lagu Menjaga Jodoh Orang Lain dinyanyikannya pada sebuah acara di Johor Bahru semalam.
Pada momen hiba itu, Ara atau nama sebenarnya Nurfarrah Izzatie Johari, 27, gagal mengawal emosi sedih ketika mendekati dan menggenggam tangan seorang wanita yang sedang menangis sambil memeluk kanak-kanak dipercayai anaknya.
Usai menyanyikan lagu tersebut, kedua-duanya saling menangis sebelum Ara bertanyakan sama ada wanita berkenaan melalui fasa perpisahan dengan bekas pasangan secara perceraian atau sebaliknya.
Maaf kalau saya bertanya, ditinggal hidup?” soal Ara.
Wanita tersebut seterusnya menjawab dia berpisah ‘hidup’ dan perkara tersebut baru sahaja berlaku kepadanya.
Sementara dalam ruangan komen, rata-rata netizen turut sebak selain berpendapat lagu tersebut berjaya meninggalkan rasa kesedihan mendalam kepada sesiapa yang mendengarnya.
Lagu Ara kali ini memang ‘berhantu’. Kita yang bahagia pun boleh rasa sedih bila dengar.
“Sedihnya tengok akak itu, semoga terus kuat jaga anak.
“Nampak akak itu sedang menanggung sesuatu yang berat. Harap terus tabah ya,” kata netizen.
Video yang dimuat naik HotFM dalam Instagram itu meraih lebih 972,000 tontonan sejak dimuat naik semalam. – HIBGLAM
View this post on Instagram