43
SEJAK Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan cuti umum pada 15 September depan, nama kumpulan 4U2C pula menjadi sebutan ramai.
Semuanya disebabkan konsert sulung 4U2C akan diadakan pada tarikh sama, sepertinya rakyat Malaysia berpeluang untuk hadir ke acara tersebut.
Kata netizen, orang ramai tiada alasan untuk tidak hadir konsert tersebut memandangkan kerajaan sudah memberi cuti umum.
“Tarikh cuti umum sama dengan konsert 4U2C, kena beli tiket ke?
Adakah ini petunjuk untuk pergi konsert 4U2C? Jom sokong artis lokal,” kata netizen.
Terdahulu, Anwar mengumumkan 15 September (Isnin) sebagai cuti umum tambahan sempena Sambutan Hari Malaysia yang disambut setiap tahun pada 16 September. – HIBGLAM