LAMA menahan sabar, pelakon Riena Diana tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah yang mencetuskan salah faham terhadap dirinya.
Riena atau nama sebenarnya Nur Qamarina Diana Zulreal, 27, berkata, tindakan tegas itu perlu diambil berikutan ramai individu penyibuk yang menjadi penyampai khabar palsu.
“Jangan sibuk nak sampaikan berita tak sahih dan komen negatif fasal aku. Kalian bagus sangat ke? Get a life!
Sekejap lagi aku saman seekor-seekor yang tulis merepek baru kalian takut gelabah. Biar kalian rasa sikit tahu nak letak batas. Jangan jadi bengap!
“Aku memang benci dan tak nak jadi baik lagi, mari sini aku tunjuk karakter sebenar aku,” katanya dalam perkongsian di InstaStory
Kemarahan pelakon drama Salju Rindu Di Bumi Auckland itu dipercayai berpunca daripada perbuatan segelintir netizen yang disifatkan melampau sehingga turut memberi kesan terhadap kesihatan mentalnya.
Katanya, dia juga enggan lagi berdiam selepas kerap dijadikan sasaran pihak yang gemar mengkritiknya di media sosial tanpa sebarang sebab.
“Aku memang marah. Aku gelak-gelak buat lawak bodoh semua tak bermakna kalian boleh pijak!
Aku dekat sini kongsi fasal kerja dan sedikit mengenai kehidupan aku, bukan untuk kalian komen lebih-lebih sebab benda-benda ini kalian kacau mental aku.
“Aku cukup-cukup sudah bagi muka dekat netizen yang mulut jahat ini,” ujarnya.
Paling membuatkan Riena berang apabila seorang individu yang mendakwa jiran kepada neneknya menyatakan ibu bapanya sudah meninggal dunia.
“Kalian melampau kalau pandai-pandai komen cakap jiran nenek aku. Macam kalian yang paling tahu.
Tak termasuk komen cakap mak bapa aku sudah mati. Tak rasa berdosa ke menghukum hidup orang macam itu? Keluarga kalian sempurna sangat ke?
“Jangan buat aku gaduh satu keluarga sebab mulut kalian,” katanya meluahkan kekesalan.
Sebelum ini kekasih kepada pelakon Keith Foo itu dilihat tidak ambil peduli terhadap komen netizen biarpun berdepan kecaman. – HIBGLAM