Usahawan sensasi, Datuk Aliff Syukri mencuri perhatian apabila mengajak anak bujangnya, Ammar Ahyan berbicara tentang isu ‘telur masam’ yang menjadi perbualan ramai gara-gara keterlanjuran kata seorang pempengaruh dalam media sosial baru-baru ini.
Bagaimanapun, apa yang menjadi tumpuan adalah kebijaksanaan Ammar, 17, menangkis pelawaan bapanya itu dengan cara berhemah.
“Sekarang ini dunia tengah sibuk dengan peperangan Iran tapi rakyat Malaysia (tengah sibuk) suami orang telur dia masam ke tak.
“Dunia tengah berperang tapi kalian kisahkan tentang telur (orang) masam atau sebaliknya,” ujar Ammar penuh wibawa.
Sementara itu, dalam video sama, Aliff, 38, berkata, bukanlah satu perkara yang ganjil apabila bahagian kerandut golongan Adam berbau masam disebabkan persekitaran atau faktor sekeliling.
“Semua orang (lelaki) telur masam sebab dalam seluar panas, berkuap dan kena kain. Kalau dah tahu masam, cucilah.. Dah cuci, kita guna,” jelas Aliff.
Aliff berkias ketika berbicara dengan anak lelaki sulungnya itu sambil berkata lagi: “Hujung-hujung, telur masam itu yang digunakan.
“Ikan pekasam masam sedap tak? Kalau telur masam dah cuci, boleh makan dan sedap tak.”
Kenyataan spontan Aliff itu membuatkan Ammar tersipu-sipu malu untuk memberikan respons memandangkan dirinya masih berstatus remaja dan belum menjengah alam perkahwinan.
Terdahulu, menerusi sebuah video tular dalam media sosial, seorang pempengaruh wanita yang juga usahawan mendedahkan dirinya terkena sejenis penyakkt dikenali sebagai herpes.
Wanita yang sering mencetuskan kontroversi itu dikatakan mengaitkan jangkitan herpes tersebut dengan suaminya selain menyatakan bahagian sulit pasangannya berbau masam.
Perkongsian tersebut sekali gus mengundang kritikan dan kecaman orang ramai apabila disifatkan membuka aib pasangan dan hal rumah tangga. – KOSMO! ONLINE